Tuesday, 6 October 2015
Anak singa putih jadi tarikan di A’famosa
23:42
No comments
Anak singa putih jadi tarikan di A’famosa
NURSURAYA ZULKIFLI | 07 Oktober 2015 12:25 AM
ALOR GAJAH 6 Okt. - Sepasang anak singa putih dari Afrika Selatan menjadikan tarikan terbaharu kepada pengunjung di A’famosa Safari Wonderland yang di bawa masuk ke pusat itu sejak 27 Ogos yang lalu.
Pengurus Residen A’Famosa Resort, Khaled Mohammad berkata, dua ekor anak singa iaitu jantan dan betina ma-sing-masing berusia enam serta lima bulan itu ditempatkan di kawasan safari yang mempunyai keluasan keseluruhan kira-kira 61 hektar.
Menurutnya, kos membawa pasangan anak singa putih itu menelan belanja keseluruhan kira-kira RM200,000 dari tempat asalnya ke Safari Wonderland selain mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan di dua buah negara.
“Kita mendapati spesis anak singa putih ini adalah yang sukar untuk diperoleh dan pihak kita telah ditawarkan menjaganya dari pusat perlindungan haiwan berkenaan di negara asalnya berikutan ibu bapa mereka tidak mampu lagi untuk menjaga anak-anaknya.
“Pasangan anak singa ini akan dibesarkan di tempat ini serta dijaga oleh pelatih safari yang berpengalaman dan kita berharap mereka dapat melahirkan anak-anak sekali gus membiakkan populasi spe-siesnya di safari ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program lawatan dan program A’famosa Resort bersama media di sini, kelmarin.
Khaled berkata, pihaknya percaya kehadiran dua ekor anak singa putih itu pastinya menjadi tarikan baharu yang mempunyai keistimewaan tersendiri sekali gus menarik lebih ramai pengunjung ke Safari Wonderland.
Menurutnya, selain pasangan singa itu, pusat itu juga mempunyai sebanyak 23 ekor harimau serta haiwan liar lain seperti beruang, singa, zirafah, gajah dan pelbagai lagi.
“Di samping itu para pengunjung turut berpeluang merasai pengalaman Safari Adventure iaitu menaiki trak untuk melihat haiwan liar yang terdapat dalam kawasan berkenaan.
“Selain itu, pengunjung boleh menaiki bot untuk ke Monkey Island yang menempatkan beberapa spesies monyet, selain melihat hidupan reptilia serta pertunjukan burung dan Wild Wild West Show yang pasti mencuit hati di Safari Wonderland,” katanya.
Tambahnya, tiket masuk ke tempat itu berharga RM56 bagi dewasa dan RM43 untuk kanak-kanak pada hari biasa, manakala RM 59 dewasa dan Rm47 pada hari hujung minggu
Malaysia Belum Tandatangan TPPA
21:43
No comments
KUALA LUMPUR 6 Okt. - Malaysia masih belum menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), dan penentuan sama ada negara bakal menyertai perjanjian itu hanya akan diputuskan oleh Ahli-ahli Parlimen.
Hal itu dinyatakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menerusi laman sosial Facebook dan Twitternya hari ini, sebagai menjawab persoalan orang ramai mengenai persetujuan bersama yang telah dicapai oleh kesemua 12 negara TPPA terhadap kandungan perjanjian itu, semalam.
Kata beliau, kesemua 12 Menteri dari negara-negara terlibat iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat (AS) dan Vietnam telah mencapai persetujuan terhadap pembentukan TPPA di Georgia, AS.
Jelas menteri itu lagi, dalam tempoh sebulan lagi kandungan perjanjian itu akan didedahkan kepada umum dan kandungan Analisis Kos Faedah (CBA) juga akan siap dan diumumkan.
“Kedua-dua (kandungan TPPA dan CBA) ini akan dibentangkan di Parlimen dalam dua bulan lagi. Parlimen akan membahaskan perkara ini dan membuat keputusan sama ada bersetuju atau tidak (untuk menyertai TPPA).
“Walaupun Parlimen setuju untuk sertai perjanjian ini, Malaysia masih ada tempoh selama dua tahun bagi mengesahkan penyertaan perjanjian ini dan boleh menolak TPPA dalam tempoh tersebut,” katanya.
Mustapa dalam kenyataannya semalam berkata, Malaysia berjaya meraih beberapa konsesi menguntungkan dari negara-negara terlibat dalam TPPA pada perbincangan yang diadakan di AS yang berakhir semalam.
Katanya, pihak-pihak terlibat bersetuju untuk mengambil kira hampir semua kebimbangan dan sensitiviti Malaysia terutamanya dalam aspek-aspek kontrak kerajaan, syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) dan isu-isu bumiputera.
Beliau menegaskan, Malaysia tidak akan terlibat dalam perjanjian tersebut jika ia melanggar Perlembagaan negara atau menjejaskan dasar-dasar teras yang dimulakan oleh kerajaan untuk memberi manfaat kepada rakyat.
Malah katanya, sama ada Malaysia menandatangani TPPA (atau tidak) hanya akan diputuskan selepas perbincangan penuh dan meluas di dalam negara.
“Ahli-ahli parlimen akan membuat keputusan hendak setuju atau tolak TPPA apabila dibentang di Parlimen. TPPA masih belum ditandatangan lagi,” jelas beliau.
Subscribe to:
Posts (Atom)